Langkau ke kandungan utama

Perang Elektronik Ubah Peradaban Dunia

(1) Apabila kita meneliti sejarah antarabangsa, kita akan dapati bahawa masa depan dunia menuju ke arah الهرج yang diulangi oleh Nabi S.A.W 3 kali dalam satu hadisnya.

Apa yang dimaksudkan dengan الهرج ialah pembunuhan atau peperangan (القتل). Dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua menggambarkan pembunuhan berskala besar.

(2) Kemudian disambung lagi dengan Perang Dingin 1947-1991 dan sehinggalah ke hari ini apabila Amerika yang berkuasa, terus mencatatkan rekod pembunuhan terbesar. [1]

Peperangan itu berterusan dengan pelbagai bentuk. Kalau dahulu adalah persaingan persenjataan berasaskan besi. Kemudian seolah-olah berubah kepada ‘perang telekomunikasi’.

Kemudian perang merebut kehidupan [2], perang biologi [3], perang ideologi [4], psywar dan segala macam lagi jenis-jenis perang. Bukan hanya membunuh jiwa, tetapi menjahanamkan akal dan peradaban.


(3) Dalam artikel ini bukanlah saya memberi fokus kepada jenis-jenis perang, akan tetapi ingin menggambarkan bagaimana suasana masa depan yang lebih rencam.
Iaitu kerencaman apabila semakin ‘menggasaknya’ perang saudara, atau yang seerti dengannya. Hal ini berikutan perpecahan demi perpecahan.
Bukan sekadar itu, setiap perpecahan menghala kepada persaingan di antara kelompok. Ia menyukarkan lagi proses membentuk ke arah suasana keharmonian.
Projek mengerat negara
(1) “Adakah negara-negara di seluruh dunia semakin menambah?”. Ya. Sejarahnya bermula dengan konsep divide and rule zaman imperialism, berterusan hinggalah ke hari ini.
(a) Contohnya Somalia pernah dipecahkan kepada tiga akibat krisis [5], iaitu Somaliland, Puntland dan Somalia itu sendiri. Di Benua India, dikerat menjadi Pakistan, Bangladesh dan India itu sendiri.
(b) Sudan asalnya sebuah negara, dikerat menjadi dua, Sudan Utara dan Sudan Selatan [6]. Korea pula terpecah akibat krisis menjadi Korea Utara dan Selatan.
Banyak lagi contoh yang boleh diceritakan di sini. Semuanya disebabkan projek-projek imperialism yang masih berterusan pada hari ini sekalipun dengan cara yang halus.
(2) Pada 2013, Robin Wright telah melakar pelan mengerat 5 buah negara, menjadi 14 buah negara. Sebagai pelan perancangan Amerika Israel dalam menjayakan projek Israel Raya.
Sama juga seperti New Middle East yang mula dilakar oleh Oded Yinon 1982, kemudian Bernard Lewis 1983, dan Ralph Peters pada 2006.
(3) Projek-projek ini bagi menjamin kuasa-kuasa tertentu, sama ada kuasa Amerika sejak Pax Americana, kuasa Soviet atau mana-mana kuasa sekalipun.
Projek-projek ini umpama ‘makanan’ bagi kuasa-kuasa besar demi memastikan survival kuasa mereka berterusan. Iaitu dengan cara mengerat dan memecah belahkan manusia.
http://www.wasap.my/+60194922877/NakInsuranKenderaan

Long War dan Usul 20
(1) Bukan sekadar itu, para imperialis juga melakar perancangan jangka masa panjang dengan mewujudkan ‘Long War’ [7]. Iaitu merangka projek perang panjang.
Contohnya dalam isu Kashmir, atau lebih mudah difahami konflik India-Pakistan [8] [9]. Biasanya perang seperti ini adalah dengan cara percakaran mazhab, perebutan sungai atau tasik, dan sebagainya
(2) Projek Long War ini boleh dilihat dengan jelas melalui pemetaan Asia Barat oleh Ralph Peters 2006 dan Robin Wright 2013 yang saya nyatakan di awal tadi.
Masing-masing melihat bahawa perbezaan mazhab (aliran) ‘berpotensi’ untuk mencetuskan Perang Panjang. Tak perlu bersusah payah mengeluarkan kos yang banyak dan tentera yang ramai.
Cukup sekadar menimbulkan provokasi antara dua aliran dan kemudian cetuskan modal untuk dipergaduhkan. Seolah-olah perang itu sangat mudah untuk ‘disetup’ pada saat ini.
(3) Kalau dalam Islam, biasanya modal yang digunakan ialah Kaum Tua vs Kaum Muda, Salaf vs Khalaf, Sunni vs Syiah dan banyak lagi modal modalnya. [10]
Hakikatnya ia boleh diselesaikan dengan ‘kefahaman’ bukannya dengan sentimen dan ketaksuban. Sebab itulah Imam Hassan al-Banna menyediakan solusinya dalam Usul 20.
Iaitu 20 prinsip yang digariskan oleh beliau, untuk mencari titik persefahaman sesama umat Islam agar tidak terjerat dengan percakaran mazhab, atau perang sesama sendiri.

Modal percaturan
(1) Selain daripada Long War, antara yang cukup ‘enak’ untuk dijadikan modal krisis ialah krisis politik. Iaitu percakaran sesama parti-parti politik dalam merebut kuasa.
Kebanyakan negara, wujudnya kepelbagaian parti politik. Maka kepelbagaian ini berpotensi untuk dibakar supaya bersengketa antara satu sama lain.
(2) Contohnya krisis di Turki sebelum ini, apabila Parti Refah diharamkan, munculnya Parti Saadat dan AKP. Walaupun AKP dilihat membawa agenda Moderate, tapi ia dijadikan ‘point’ untuk mewujudkan sengketa
Iaitu sengketa sesama Umat Islam yang berlainan parti, dan berlainan aliran berfikir. Pada hari ini, situasi di Turki sangat menuntut supaya kedua-dua parti ini berpakat antara satu sama lain.
(3) Hal ini berbeza situasinya mengikut negara. Terserah kepada para alim ulamak di negara-negara terbabit untuk berijtihad menentukan hala tuju masa depan Islam di sana.
(4) Cumanya, masing-masing berhadapan dengan cabaran agenda percaturan negara luar, khususnya Amerika dalam mencorak politik tanah air tersebut.
Bahasa yang lebih mudah difahami ialah infiltration (penyusupan) atau penajaan. Hal ini pernah terjadi dalam sejarah Islam, sepertimana kejatuhan Uthmaniah pada 1924.
Contohnya tokoh-tokoh politik yang mendapat tajaan Amerika, bekerja sebagai ejen Amerika, mencatur politik negaranya mengikut frame Amerika dan sebagainya.

Krisis perselisihan
(1) Justeru, catatan-catatan di atas sebagai gambaran bahawa dunia sedang menghala ke arah krisis peperangan dan sengketa yang lebih dahsyat dan berselirat.
(a) Di kalangan orang Yahudi, bukan semuanya Zionis. Bahkan ada orang-orang Yahudi Ortodok yang menolak agenda penubuhan negara Yahudi yang dirancang sejak zaman Theodor Hertzel 1896.
(b) Di kalangan orang Buddha, bukan semuanya ekstrem yang membunuh Umat Islam di Rohingya. Pastinya ada api yang membakar semangat mereka untuk menindas Umat Islam.
(c) Di kalangan orang Hindu, bukan semuanya beraliran Hindutva yang bertindak kejam terhadap Umat Islam. Bahkan mempunyai cita-cita besar menghapuskan orang Islam dari negara itu.
(d) Begitu juga di kalangan orang Kristian. Bukan semuanya ‘bertugas’ di bahagian projek Kristianisasi atau Evangelist. Bahkan ada yang ‘tiada masalah’ berkawan dengan orang Islam.
Bahkan ada dari kalangan mereka yang ‘mengkafirkan’ sesama mereka. Contohnya sejarah kegelapan pemerintahan Teokrasi Gereja, apabila Kristian Katholik ‘mengkafirkan’ Protestan.
(2) Islam adalah agama yang benar, dan tiada pertembungan. Sepatutnya Umat Islam boleh bersatu. Akan tetapi perpecahan yang ada pada hari ini disebabkan kejahilan.

Orang-orang Islam yang terpengaruh dengan ISIS biasanya dari kalangan mereka yang tiada kefahaman Islam yang jelas. Jenis semangat yang dibakar atas sentimen semata-mata dan percaturan agenda yahudi.



Abdul Rahman Bin Hj Nordin
Talian : 019 492 2877

Syarikat Rahman 82 Global Enterprise (KC0049261-K)

Perniagaan Kami

Bisnes Jaringan Maya
Klinik Pakar Urut Anda
Rawatan Islam
Islamic Produk kesihatan, Makanan dan Minuman
Pakaian lelaki wanita 
                                                          Tips Untuk Usahawan Muda
https://sebilanpersepuluhrezekiperniagaan.blogspot.com/
https://jatuhberkalikaliitudewasa.blogspot.com/                                                                        https://perangelektronikubahpemikiran.blogspot.com/                                                              https://tumbuhanituubat.blogspot.com/                                                                                    https://persisnovelcaronavirus.blogspot.com/                                                                            https://wanitadanintegriti.blogspot.com/                                                                                  https://springtimur.blogspot.com/                                                                                            https://addinsiyasah.blogspot.com/
https://penamagfirah.blogspot.com/      
                 https://1001manfaatpokokkelapa.blogspot.com/                 

Ulasan